Apa itu Pegawai Tadbir Diplomatik M41, tugas dan skop kerja berkaitan

Malaysia Pegawai Tadbir Diplomatik M41 exam Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit berkenaan dengan tugas pegawai tadbir dipplomatik M41. Juga berkenaan dengan tugas seharian dan skop tugas bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tersebut. Mengikut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tugas pegawai tadbir M41 yang direkodkan di sana adalah seperti berikut;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat

Sumber laman web SPA Atau anda boleh lihat video di bawah untuk mendapat penerangan yang lebih jitu berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab seorang pegawai tadbir diplomatik.

Memohon Jawatan Pegawai Tadbir setiap tahun

Ramai yang inginkan kerja dalam sektor kerajaan setiap tahun. Apatah lagi pekerjaan yang penting seperti kerja sebagai seorang pegawai tadbir diplomatik. Jika anda salah seorang yang terpilih untuk mengikuti peperiksaan online pegawai tadbir, saya ada hadiah istimewa untuk anda iaitu;

–>Download PERCUMA Contoh Soalan PTD M41←

Saya berikan secara percuma jika anda terpilih untuk mengikuti peperiksaan PTD yang bakal diadakan secara online. Jika anda inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan format, tips dan teknik berkaitan PTD, saya sarankan anda ke Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Apakah dia tugas sebagai seorang pegawai PTD M41 ini?

Menggubal dasar-dasar negara antara tugas popular bagi seorang pegawai tadbir diplomatik adalah menggubal dasar-dasar negara. Dasar seperti dasar pendidikan negara, hala tuju jabatan pendidikan daerah, negeri dan kementerian pendidikan dan lain-lain lagi.

Pegawai PTD perlulah seorang yang berdedikasi dan tahu serba sedikit berkenaan dengan dasar-dasar negara dan undang-undang berkaitan dengan dasar-dasar tersebut sampai ke tahap, mampu meminda dan menjadikan suatu dasar itu lebih baik dari sebelumnya. Oleh yang demikian, saringan bagi jawatan pegawai tadbir ini sangat ketat dan jika anda ada kemahuan untuk menjadi seorang pegawai PTD ini, teruskan usaha anda sehingga berjaya.

Pegawai atau duta di luar negara

Antara tugas lain yang popular bagi seorang pegawai tadbir diplomatik adalah kebolehan dan kesanggupan untuk menjadi duta atau pegawai duta di luar negara. Menjadi penghubung antara Malaysia dan rakyat di luar negara dan menguruskan perihal berkenaan dengan rakyat Malaysia di luar negara. Untuk ini, salah satu syarat pegawai tadbir adalah kesanggupan anda untuk dihantar ke mana sahaja jika diarahkan walaupun ke kawasan bergolak seperti Rusia.

Pegawai di Kementerian Luar Negeri

Antara tugas lain yang menarik berkenaan dengan Pegawai Tadbir Diplomatik adalah menjadi pegawai di kementerian luar negeri. Kementerian luar bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam isu-isu berkaitan dengan negara jiran dan dunia. Antara contoh adalah isu Israel – Palestin, isu kejadian kapal terbang hilang MH370, isu pembunuhan etnik Rohinga dan lain-lain lagi.

Pegawai di kementerian luar juga perlu untuk menghadiri persidangan bersama dengan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, ASEAN, OIC dan nama-nama besar persidangan lain. Oleh yang demikian, selepas dilantik dan lulus peperiksaan dan temuduga berkaitan PTD, calon akan didahkan dengan modul-modul perlembagaan, modul undang-undang dan perhubungan antarabangsa.

Pegawai PTD memang menarik

Tidak dinafikan yang tugas dan tanggungjawab seorang pegawai PTD adalah sangat menarik dan PTD ini sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran dan ingin membantu Malaysia ke arah lebih baik dengan dasar-dasar baru yang diperkenalkan. Begitulah seba sedikit skop dan tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan diharap anda mendapat manfaat daripada artikel ini.

Jika anda merupakan seorang calon peperiksaan online, tahniah kerana terpilih untuk mengikuti peperiksaan online. Tetapi yang lebih penting bagaimana untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut. Bagi mereka yang tidak tahu nak study apa, contoh soalan PTD M41 ini adalah satu bentuk contoh yang boleh dijadikan panduan. Semoga berjaya.

Info PTD Terus ke Smartphone anda

Lebih mudah kalau info berkaitan dengan exam PTD ini terus ke smartphone anda. Untuk itu, saya rekemen anda terus join Telegram Channel kami dengan klik butang di bawah. Lepas KLIK terus Join.

telegram-app

Segala info berkaitan dengan Exam PTD M41 akan terus kami berikan update di sana.