Temuduga Kerja Kerajaan | Tips Lulus dan Contoh Soalan

temuduga kerja kerajaan

Adakah anda terpilih sebagai calon untuk temuduga kerja kerajaan?

Jika ya, tidak lain hanya tahniah saya ucapkan kepada anda. Sukar untuk memasuki sektor kerajaan kerana saingan yang sangat sengit daripada banyak pihak yang mahu masuk dalam sektor kerajaan. Pelbagai saringan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan hanya yang TERPILIH sahaja layak untuk memasuki sektor kerajaan.

Pastinya kerajaan mahukan yang terbaik untuk menjadi pekerja mereka, dan kita perlu membuktikan yang kita adalah terbaik bagi mendapatkan jawatan yang kita inginkan.

Saringan Dalam sektor Kerajaan

Kebiasaannya, untuk mendapat jawatan dalam sektor kerajaan, calon perlu melalui ujian bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika tidak melalui SPA, sebagai contoh dengan majlis bandaraya tempatan, calon biasanya akan terus pergi ke ujian temuduga.

Kebiasaannya begitu, dan ujian temuduga tidak lain adalah untuk melihat personaliti calon dan mencari yang terbaik dikalangan calon yang hadir. Post kali ini adalah berkenaan dengan tips dan panduan untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan. Post kali ini tidak lain hanyalah untuk membantu calon yang bakal menghadapi temuduga untuk lebih bersedia berbanding calon lain yang tidak bersedia. Jika anda bersedia, anda sudah memenangi separuh daripada perlawanan. Tanpa membuang masa, post dan video di bawah adalah beberapa tips lulus temuduga kerajaan yang anda patut tahu.

Persediaan Sebelum Temuduga

Saya akan tuliskan atikel khas berkenaan dengan persediaan sebelum temuduga. Pada post kali ini, saya akan ceritakan dengan ringkas apakah persediaan sebelum temuduga tersebut. Apa yang anda perlu lakukan sebelum menghadapi temuduga adalah bersedia dalam aspek mental dan fizikal. Aspek mental dan fizikal adalah sangat penting untuk berjaya dalam temuduga.

Pastikan anda mempunyai tidur yang cukup sebelum temuduga dan pastikan anda sarapan sebelum temuduga. Itu sangat penting. Cuba datang awal daripada waktu yang dijanjikan dan lebih perlu, tahu lokasi tempat temuduga. Ada calon yang datang lambat ke tempat temuduga kerana tidak tahu lokasi tempat temuduga tersebut.

Aspek kekemasan juga sangat penting dalam temuduga kerja kerajaan ini. Pastikan pakaian anda sentiasa kemas, berkemeja dan berseluar slack, berkasut, dan berambut pendek. Sektor kerajaan adalah sangat formal dan mementingkan ciri-ciri kekemasan tersebut. Tunjukkan anda seorang yang kemas sewaktu ditemuduga.

7 Soalan yang sering ditanya ketika temuduga

Pastikan anda mempunyai jawapan bagi setiap soalan ini. Jika anda tidak bersedia, gugup dan gementar akan menemani anda ketika menjawab soalan temuduga itu. Jadi bersedia dengan jawapan yang bernas dan pintar. Sebahagian daripada soalan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika ditemuduga oleh pihak kerajaan.

Antara soalan yang pasti ditanya ketika ditemuduga adalah untuk anda memperkenalkan diri sendiri. Apa yang anda perlu ceritakan ketika ini adalah sangat penting. Jika anda tidak tahu, dan tiada masa untuk mencari jawapan kepada semua persoalan tersebut, saya cadangkan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini.

Menjimatkan masa dan telah membantu ramai calon untuk lulus. Beberapa tips temuduga kerajaan ini akan membantu anda untuk berjaya dalam temuduga nanti.  

* Soalan pertama yang akan ditanya adalah, sila perkenalkan diri anda. Beritahu perkara yang penting sahaja berkenaan diri anda, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja secara ringkas.  

* Soalan kedua “Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan? Mengapa anda ingin berhenti daripada kerja yang anda jawat sekarang.  

* Soalan ketiga “Apakah yang anda tahu mengenai jawatan yang anda pohon ini?”  

* Soalan Keempat Sila kaitkan pengalaman yang anda belajar dahulu, atau pekerjaan anda sekarang dengan pekerjaan yang anda pohon?  

* Soalan kelima “”Jika kami menempatkan anda di pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda masih inginkan jawatan ini?”  

* Soalan ke enam ‘”Apa yang anda faham mengenai GST dan apakah kebaikan untuk negara?”  

* Soalan ke tujuh “Siapakah tokoh yang paling anda hormati dan kenapa?”

Sebagai menghargai anda, saya akan berikan juga secara percuma ebook dalam bentuk PDF, 50 sebab gagal temuduga dengan like atau share post di bawah.

Download 50 Sebab Gagal Temuduga

Saya harap ianya membantu anda untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan yang sedang anda hadapi ini.

Temuduga Benteng Terakhir Sebelum Menjadi Pegawai Kerajaan

Temuduga adalah benteng atau halangan terakhir untuk anda sebelum menjawat jawatan dalam kerajaan. Tinggal satu langkah lagi untuk berjaya dalam bidang dan kerjaya dalam kerajaan. Apa yang anda perlu lakukan adalah teruskan berusaha dan bertawakal, sambil mengamalkan tips temuduga kerja kerajaan yang saya berikan di atas.

Cuba cari jawapan kepada kesemua soalan itu, pastikan anda jawab faham apa yang anda bakal jawab dan datang temuduga dengan yakin. Bagi saya, amatlah rugi jika anda terlepas peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ini. Jika ini kali pertama anda berada dan terpilih untuk ditemuduga dalam sektor kerjaan, jangan sia-siakan peluang anda.

Bagi saya, antara kit yang penting untuk berjaya adalah Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini. Bukan sahaja menjimatkan masa, antara manfaat lain adalah soalan yang berbentuk;  

* Communication skill ditempat kerja   

* Pengurusan masa di tempat kerja  

* Rahsia penulisan resume  

* Soalan dan jawapan temuduga kerajaan, ada 45 soalan kesemuanya.

Bagi saya satu pakej pelaburan yang menarik yang anda boleh gunakan sampai bila-bila. Pada saya, yang paling penting sekali adalah… Testimoni Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Testimoni mereka yang berjaya! Link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan ebook Temuduga Kerja Kerajaan –> Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

Keyakinan itu sangat perlu untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan. Panelis temuduga juga suka melihat keyakinan yang anda timbulkan. Pastinya ianya sedikit sebanyak membantu dalam temuduga anda.

Ringkasan Temuduga Kerja Kerajaan.

Sedikit ringkasan apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan.

1. Persediaan sebelum temuduga seperti tidur awal, sarapan, tahu lokasi, dan doa.

2. Tahu cara nak jawab soalan yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan. Adakalanya penelis  penemuduga akan bertanya secara speasifik berkenaan dengan jabatan yang anda pohon, atau bertanya  tentang bidang kerja jawatan yang anda pohon. Bersedia untuk menajawab soalan tersebut. Sekali lagi,  jika tidak tahu bagaimana, Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini sangatlah saya galakkan untuk anda  ulangkaji, dan ianya memudahkan dan menjimatkan masa anda.

3. Dapatkan 50 sebab gagal dalam temuduga dengan berikan email di ruangan yang disediakan.

4. Pergi ke temuduga dengan yakin dan cekal. Semoga anda mendapat apa yang anda inginkan. Kami daripada Myportal21 sentiasa mendoakan kerjayaan anda untuk lulus dengan cemerlang dalam temuduga kerja kerajaan.

 

 

 

Artikel berkaitan : Contoh Soalan Temuduga SPA