3 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 2 Paling Berbaloi

Kali ini kami nak berikan beberapa tips terbaik kepada anda sebagai tips terbaik tempat simpanan untuk anak-anak anda. Perkara ini terjadi kepada saya sendiri sebab sekarang ini ada banyak produk yang ada di pasaran terutama untuk simpanan duit anak-anak. Daripada yang percuma kepada yang memerlukan anda untuk mencarum setiap bulan. Apapun, yang paling penting adalah, yang mana yang memberikan pulangan terbaik kepada anda agar setiap duit yang anda laburkan itu berbaloi dan ianya boleh digunakan untuk simpanan masa hadapan anda.

“Alhamdulillah duit raya dah banyak yang terkumpul, yang jadi masalahnya sekarang ini, nak simpan duit ini kat mana pulak? Tabung Haji ke, SSPN ke atau macam mana? Yang mana yang bagi pulangan pada simpanan tabungan anak anda”

Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa sekarang ini, iaitu tempat simpanan pendidikan terbaik untuk anak anda. Untuk itu, kali ini, kami akan berikan beberapa tempat untuk anda menyimpnan wang yang telah anak anda dapat ke tempat yang betul.

Tempat Simpanan Untuk Anak – Anda Pilih Sendiri

Untuk memudahkan anda membuat penilaian, berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada sekarang ini.

#1 Tabung Haji

Ianya mudah untuk anda daftar, ringkas dan yang paling penting sekali adalah ianya patuh syariah. Nak masukkan duit pun mudah, nak keluarkan duit pun mudah. Dari segi dividen pula, adalah antara yang memberikan dividen yang banyak untuk simpanan dan memang salah satu tempat untuk membuat simpanan anak-anak. Boleh fikirkan untuk menyimpan di sini. Dividen yang ditawarkan agak tinggi iaitu 6% hingga ke 7%.

Untuk aspek ini, ianya hanya menawarkan simpanan sahaja tiada perlindungan takaful dan lain-lain. Apapun anda boleh fikirkan sama ada Tabung Haji ini adalah pilihan yang baik untuk anda.

#2 SSPN

Ini adalah produk yang anda boleh fikirkan untuk simpanan pendidikan untuk anak. Tidak hanya simpanan, ianya juga memberikan perlindungan dalam bentuk takaful kepada anak-anak. Produk ini juga mempunyai medical card, tetapi pada pandangan saya tidaklah terlalu bagus kerana apa yang dicover tidaklah banyak. Takaful yang diberikan perlindungan adalah dalam bentuk takaful nyawa yang memberikan perlindungan yang komprehensif jika terjadi apa-apa bencana. Yang lebih menarik lagi, produk ini juga memberikan perlindungan cukai. Ianya 3 dalam 1 iaitu;

1 Simpanan
2 Perlindungan Takaful
3 Rebate Cukai LHDN

Ini adalah antara produk yang sangat berbaloi.

Yang tidak bagus berkenaan dengan produk ini adalah, dividen tidak setinggi tabung haji. Ianya dalam 4% hingga ke 5% setahun. Tidaklah tinggi berbanding tabung haji tetapi lebih tinggi berbanding dengan simpanan di bank-bank biasa. Selain itu, anda juga perlu bersedia untuk caruman dalam bentuk bulanan. Untuk ini, boleh gunakan online banking ataupun bayaran melalui kad kredit. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan dengan SSPN ini, boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut.

#3 Takaful Pendidikan

Sekarang ini memang banyak produk ini. Ini adalah takaful dan memberikan simpanan dalam bentuk pendidikan kepada anak-anak. Apa yang menarik berkenaan dengan ini adalah, ianya memberikan pulangan perlindungan kepada kanak-kanak yang lebih komprehensif berbanding dengan SSPN dan juga tabung haji. Kalau memang ini yang anda cari, boleh pergi ke agen-agen takaful terdekat anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan produk yang ditawarkan.

Ianya tidak mempunyai manfaat potongan cukai yang khusus seperti SSPN dan juga, jumlah simpanan ataupun dividen yang diberikan pula tidaklah terlalu banyak. Fokus pakej ini hanya untuk perlindungan, jika anda mahukan simpanan, boleh ke SSPN atau Tabung Haji.

Inilah antara pilihan yang ada. Bergantung kepada apa yang anda mahukan, memang pilihan terletak di tangan anda. Kalau saya, saya lebih galakkan untuk anda mendapatkan ataupun menyimpan untuk simpanan anak di SSPN kerana memang badan yang diselia dibawah kerajaan dan dipercayai. Pilihan di tangan anda dan buatlah keputusan yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *