Tips Ranking Pertama Google (Pengalaman Bersama ONEXOX)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada artikel ini saya nak share sikit berkenaan dengan tips SEO macam mana blog myportal21 telah dinobatkan sebagai juara untuk contest SEO pengalaman bersama ONEXOX.

Pengalaman bersama onexox

Blog myportal21 adalah blog yang sangat muda, tidak sampai pun setahun tetapi alhamdulillah telah dinobatkan sebagai pemenang dalam contest SEO Onexox ini. Disebabkan tidak banyak tips SEO yang dikongsikan selepas contest berlangsung, artikel pada kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tips yang saya gunakan untuk memenangi contest SEO ini.

Tips ini khusus untuk mereka-mereka yang ingin mempelajari SEO dan mungkin satu rujukan kepada penggemar SEO di Malaysia. Apapun saya bukanlah seorang pakar dalam SEO, tetapi tips yang saya akan tunjukkan ini sedikit sebanyak akan membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam SEO.

Faktor 30% “On Page SEO”

Faktor untuk berjaya dalam SEO tidak lain adalah faktor on page SEO itu sendiri. Antara faktor On Page SEO adalah content dalam blog. Blog yang mempunyai content yang sedikit, sangat sukar walaupun masih boleh untuk berjaya dalam SEO. Cuba tulis artikel paling minimum 300 patah perkataan, lagi panjang lagi bagus untuk berjaya dalam SEO.

Keyword yang anda cuba target ada di ayat pertama pada perenggan pertama. Ini saya lihat antara faktor kritikal untuk sesebuah artikel mendapat ranking yang tinggi di google.

Jangan ulang terlalu banyak keyword yang kita nak ranking, kerana jika kita ulang terlalu banyak, akan menyebabkan search engine seperti google melihat kita cuba memanipulasi mereka. Sebagai panduan, untuk keyword sepeti 400 perkataan, ulang 2 kali sudah cukup dan untuk contest SEO ONEXOX ini, saya cuma ulang tak sampai 3 kali keyword yang saya nak ranking tersebut.

Seeloknya gunakan theme yang mobile friendly, terutama selepas google update yang mana mereka lebih mengutamakan website yang mobile-friendly untuk mendapat tempat yang tinggi di google.

Jika anda menggunakan wordpress, ada satu advantage berbanding CMS seperti blogger atau joomla atau lain-lain kerana wordpress sudah tersedia plugin “Yoast SEO” yang saya rasakan merupakan satu plugin wajib untuk On Page SEO. Banyak kegunaan plugin ini dan untuk keyword yang tidak terlalu kompetatif, dengan bantuan plugin ini sahaja kadangkala sudah membolehkan sesuatu blog mendapat ranking di page pertama google.

Youtube video juga memainkan peranan penting, terutama untuk mempercepatkan google untuk indeks website atau blog milik anda. Jika anda lihat laman contst INI, youtube video yang di dalam content artikel itu adalah daripada youtube channel saya sendiri. Saya letakkan link contest dalam youtube video description dan saya letak video itu dalam content. Artikel tersebut mendapat link dari youtube sendiri yang merupakan satu laman yang mempunyai Trust Flow dan Domain Autority yang tinggi. Saya akan ceritakan mengenaik Trust Flow dan Domain Autority sedikit masa lagi.

Faktor 70% Ranking (Off Page SEO)

Selain faktor on page, faktor off page juga merupakan satu sisi yang sangat penting dalam SEO. Faktor off page adalah faktor backlink, macam mana nak dapat backlink berkualiti untuk laman web yang kita cuba ranking.

Untuk contest SEO tersebut apa yang saya lakukan untuk mendapatkan backlink berkualiti saya bahagikan kepada 3 strategi.

Strategi Off Page #1 Tiru banklink pesaing lain

Strategi ini amat mudah dan simple, jika pesaing lain yang berada di top 10 mendapat backlink dari blog C, saya akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan link yang sama. Macam mana nak lihat backlink pesaing lain? Antara SEO tools yang saya gunakan adalah Majestic.com. Selain daripada dapat lihat backlink, saya juga dapat melihat Trust Flow atau keboleh percayaan backlink daripada pesaing lain. Saya cuma meniru backlink yang kuat sahaja daripada pesaing lain.

Strategi Off Page #2 IFTTT Untuk SEO

Apa itu IFTTT?

IFTTT adalah (If This Then That) berdasarkan kepada setiap action ada reaction. IFTTT merupakan satu management tool yang sangat bagus. IFTTT mempunyai resepi yang tersendiri dan anda boleh gunakan IFTTT untuk banyak perkara. Sebagai contoh, anda boleh set resepi IFTTT seperti, jika hujan esok, hantar saya email. Ataupun jika anda update Facebook, Update Twitter. Banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan dengan IFTTT.

Jadi apa itu IFTTT untuk SEO?

Anda boleh gunakan IFTTT untuk SEO dan apa yang saya buat adalah, saya setup sendiri semua profile ini seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Medium, Tumblr, WordPress.com, Google Plus, Blogger dan website yang bersesuaian khusus untuk laman myportal21.com. Apabila keseua profile sudah siap, saya link kan kesemua profile tersebut dengan myportal21. Jadi setiap kali ada update terbaru daripada rss feed, secara automatik akan trigger semua profile yang saya buat dan akan ada link ke artikel atau page terbaru. Myportal21 mendapat konsisten link daripada semua profile-profile di atas. Ini memberikan sedikit kelebihan SEO kepada myportal21 kerana kesemua profile tersebut mempunyai kekuatan dari segi Domain Autority.

Sedikit tips untuk membuat profile, anda sangat perlu untuk membuat profile-profile di atas sama seperti anda mewakili orang betul atau business yang betul. Pastikan ada profile page, banner, logo, about me, dan lain-lain lagi. Kerana jika anda tidak buat seperti orang betul, ada kemungkinan profile yang anda buat akan di buang terus.

ifttt untuk SEO

Jika anda mempunyai modal yang kecil saya cadangkan untuk anda bina sendiri semua profile tersebut. Jika anda mempunyai sedikit modal, saya cadangkan anda outsource membina profile IFTTT itu di Source Marketplace. Saya cadangkan Source Market GIG INI, anda boleh lihat juga gig yang lain-lain. Membina kesemua profile ini sangat memakan masa, apalah sangat jika anda melaburkan sedikit modal untuk dapatkan akaun IFTTT ini.

**Dengan hanya menggunakan kesemua yang saya senaraikan di atas, laman myportal21 terus mendapat ranking yang ke 3 untuk keyword “pengalaman bersama OneXOX”

Faktor yang menyebabkan myportal21.com berada pada ranking #1 google untuk keyword di atas adalah strategi #3 ini.

Strategi Off Page #3 Private Blog Network (PBN)

Apa itu private blog network atau PBN? PBN merupakan satu Network yang kita miliki yang terdiri daripada blog-blog yang mempunyai kekuatan SEO yang tersendiri. Antara kriteria Rangkaian Blog tersebut adalah mempunyai Trust Flow yang agak tinggi, biasa melebihi 15, Domain Autoriti melebihi 10 dan bebas daripada sebarang penalti.

Apa yang saya lakukan dengan Rangkaian Blog ini adalah saya linkkan ke artikel contest yang saya cuba ranking. Hanya dengan 2 link daripada blog-blog yang saya miliki ini membolehkan myportal21 terus berada di ranking pertama google untuk keyword “pengalaman bersama OneXOX” [masih lagi ranking pertama sehingga artikel ini ditulis]

Peserta contest lain juga memiliki blog network mereka sendiri!

Saya dapat lihat daripada majestic.com, ada beberapa peserta contest yang lainnya juga menggunakan rangkaian blog yang mereka miliki untuk ranking artikel contest. Secara sedar atau tidak, peserta lain juga mempunyai rangkaian Private Blog Network mereka sendiri.

Antara sebab artikel saya mendapat ranking yang tinggi adalah kerana saya mempunyai rankaian blog yang mempunyai kekuatan seperti Domain Authority, dan Trust Flow yang lebih tinggi. Mana saya dapat domain-domain berkualiti macam ini? Saya beli di Domain Auction seperti godaddy, atau anda boleh beli domain seperti ini di Source Marketplace INI ini, request replacement kalau domain yang anda beli mempunyai penalti.

Penerangan saya berkenaan dengan PBN ini adalah sangat ringkas, jika berkesempatan saya akan menulis artikel untuk PBN ini pada masa akan datang.

Begitulah sedikit perkongsian ringkas pada artikel kali ini, jika terdapat sebarang persoalan, boleh komen di bawah dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk jawab. Sekian

6 Comments

  1. topijerami February 21, 2016
    • myportal21 February 21, 2016
  2. TopSeoFriendly February 21, 2016
    • myportal21 February 21, 2016
  3. natasha hudson March 2, 2016
    • myportal21 March 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *