Kini anda boleh mengemukakan permohonan online PTPTN anda. Tidak perlu untuk mengisi borang dan apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mendaftar dengan pihak PTPTN secara online. Perkhidmatan secara online ini dibangunkan untuk memudahkan ramai pengguna terutama pelajar universiti yang ingin menyambung pelajaran mereka ke peringkat IPTA ataupun IPTS.

ptptn

Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Telah membuka akaun SSPN-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Untuk Permohonan pinjaman pendidikan ini. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada pihak Perbadanan sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan pendidikan tersebut.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan ini. Sila hubungi cawangan berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Buka akaun PTPTN secara online dan akaun SSPN-i Online

Boleh ke SINI untuk membuka akaun SSPN-i secara online. Lagipun banyak manfaat yang anda bakal dapat apabila membuka akaun SSPN-i ini terutama manfaat dalam aspek takaful juga sebagai simpanan di masa hadapan. Membuka akaun SSPN-i adalah wajib dan untuk memudahkan anda, anda boleh membuka akaun SSPN-i plus secara online.

Langkah seterusnya adalah, beli No Pin PTPTN di BSN terutama sekali untuk pendaftaran kali pertama. Pemohon perlu membeli No yang bernilai RM 5 melalui salah satu daripada cara berikut;

  1. Kaunter Bank BSN berdekatan
  2. Mesin Deposit BSN (CDM)
  3. Mesin ATM

No ini hanya sah dalam tempoh 6 bulan setelah membuat pembayaran.

Untuk memohon Pinjaman Pendidikan ini secara online, anda boleh ke SINI untuk maklumat lanjut. Permohonan memang dibuka untuk waktu-waktu tertentu sahaja. Saya harap anda teliti semula syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Takut ada syarat yang membuat anda terlepas pandang.

Langkah Mudah Mohon Pinjaman Pendidikan 

Inilah 3 langkah mudah untuk anda memohon PTPTN, bagi saya, apa yang perlu anda buat adalah untuk membuat permohonan demi permohonan secara online bagi memudahkan anda. Jom manfaatkan kemudahan yang ada dan gunakan sebaiknya. Tidak seperti dahulu, sekarang, semua perkara anda boleh lakukan secara online dengan mudah. Semuanya dihujung jari sahaja dan untuk itu, manfaatkanlah ruangan yang ada untuk anda gunakan.