Ramai yang mula mencari pekerjaan sebagai jururawat terutama bagi mereka yang telah habis Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kerjaya sebagai jururawat merupakan satu tugas yang mulia dan bagus dan sangat membantu ramai orang yang memerlukan khidmat jururawat. Ianya juga merupakan satu kerjaya yang mempunyai peluang yang cerah dan mempunyai masa depan yang bagus untuk jangak masa panjang.

Bilangan Penduduk bertambah, Kerjaya Jururawat diperlukan

Bilangan penduduk dunia makin bertambah setiap hari, termasuk juga bilangan penduduk di Malaysia. Semakin bertambah bilangan penduduk, keperluan untuk mendapatkan khidmat kesihatan adalah sangat penting dan menjadi satu faktor utama untuk sesuatu masyarakat itu terus maju ke hadapan.

Kita boleh lihat, pembesaran hospital, pertambahan klinik-klinik kerajaan dan swasta, juga bertambahnya hospital-hospital swasta kerana makin ramai yang sudah ada kesedaran akan pentingnya kesihatan. Jadi, kerjaya sebagai seorang jururawat yang bertauliah adalah sangat penting dan mempunyai masa depan yang cerah!

Kolej Kejururawatan di Malaysia

Banyak kolej swasta dan kerajaan yang menawarkan pengajian untuk mereka yang berminat untuk menjadi jururawat. Terdapat banyak cawangan diseluruh negara untuk mereka yang berminat dengan kolej kejururawatan. Apa yang penting untuk memilih koleh kejururawatan ini adalah ianya berdaftar dan diakui oleh kementerian pengajian tinggi dan kementerian kesihatan. Jika anda berminat untuk mendapatkan info berkenaan dengan kolej kejururawatan ini, bolehlah berikan email anda di bahagian bawah. Saya akan berikan maklumat kolej kepada mereka yang berminat sahaja!

 

Email Anda

 

Adakah anda berminat?

Bukan setakat itu sahaja, nantikan tips kerjaya jururawat dari kami dengan memberikan email anda kepada kami untuk maklumat lanjut. Sekian dan selamat berjaya.