Pengalaman bersama ONEXOX

Sedikit pengalaman bersama OneXOX akan saya kongsikan pada artikel kali ini. Ada banyak kelebihan ONEXOX yang ada berbanding dengan Telco lain yang saya rasakan memang berbaloi untuk digunakan. Tambahan pula dengan pelbagai insentif yang menarik yang ditawarkan oleh pihak ONE XOX dan merupakan satu pengalaman berharga bersama ONEXOX.

Pulangkan semula GST dalam bentuk kreadit

Ini adalah perkara yang paling saya gemar menggunakan simkad ONEXOX selama lebih 3 bulan. Seperti yang ramai tahu, kenaikan harga barang adalah perkara yang tidak dapat dielakkan lagi dan dijangkakan kenaikan akan terus berlaku tahun 2016. Banyak faktor menyebabkan perkara ini berlaku dan yang menarik, tatkala telco lain mengenakan 6% GST untuk prabayar mereka, ONEXOX memulangkan kembali Caj GST tersebut dalam bentuk kreadit. Syarikat lain hanya mengikuti peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan ONEXOX memang memberikan kelainan berbanding telco lain.

Menarik bukan apa yang ditawarkan oleh ONEXOX. Anda boleh menggunakan talian talifon seperti biasa dan pada masa yang sama, penjimatan itu berlaku dengan simkad ini.

MNP Nombor lama

Setakat ini tiada telco lain yang memberikan tempoh hayat sepanjang ONEXOX iaitu 28 bulan. Atas inisiatif tersebut, saya menggunakan nombor lama untuk simkad ONE XOX. Ianya sangat berbaloi dan merupakan satu bentuk penjimatan yang sangat bagus.

Jika saya top up kreadit RM10, tempoh hayat simkad akan bertambah sebanyak 10 hari dan ini memberikan kelebihan yang sangat ketara pada ONEXOX berbanding dengan syarikat telco lain. Sudah pasti pengalaman bersama ONEXOX merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan.

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi

Pakej internet yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. 1.5gb untuk RM29.9/bulan. Kelajuan internet juga boleh mencecah sehingga 3Mbps dan merupakan satu simkad yang sangat berbaloi untuk digunakan. Pakej internet yang diberikan boleh dikatakan antara yang termurah yang saya tahu untuk telco di Malaysia dan harap ianya menjadi satu pemangkin untuk pakej internet yang lebih murah lagi pada masa akan datang.

Menjana Keuntungan User Get User

Secara jujurnya saya menggunakan simkad Onexox kerana tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Tetapi tidak dinafikan yang anda boleh menjana pendapatan pasif dengan ONEXOX melalui sistem User Get User. Melalui sistem ini, setiap peserta yang berdaftar di bawah anda, anda akan 6% untuk setiap top-up yang mereka belanjakan. Ramai yang boleh berjaya dan saya yakin anda boleh melakukannya.

Kelebihan Lain ONEXOX

  1. 100% milik BUMIPUTERA Islam.
  2. 7 sen panggilan (sesama Onexox/Xox)
  3. 6 sen panggilan (Family & Friends)
  4. 9 sen panggilan (Lain-lain Telco)
  5. 150 SMS percuma sesama talian, selama 12 bulan
  6. Ganjaran Topup PERCUMA dan tunai (Sahabat ONE) – User Get User (UGU)
  7. Pelan Internet yang murah dengan liputan yang meluas – Tiada terma Pay Per Use
  8. Family dan Freinds ke 10 nombor Favourite (Semua Telco)
  9. Pindah Kredit
  10. Point UK redeem data, airtime dan lain-lain
  11. Topup ada dimana-mana 7-E, stesen minyak, E-pay, Online Bankin menerusi selfcare XOX.

Kekurangan ONEXOX

Mungkin pihak pengurusan ONEXOX perlu mengambil kira cadangan ini kerana secara jujurnya selepas menggunakan ONEXOX, ini adalah kelemahan yang saya rasakan perlu diperbaiki untuk menambah mutu perkhidmatan.

Apa yang saya lihat, berdasarkan pengalaman saya sendiri, selepas saya habis menggunakan 1.5Gb data yang saya langgan. Saya terus tidak dapat menggunakan internet selepas itu. Perlu melanggan pakej data yang lain untuk menggunakan internet. Cadangan saya, lebih baik untuk pihak OneXOX menyediakan basic internet jika pakej data sudah habis seperti yang ditawarkan beberapa telco lain di Malaysia. Jika pihak ONEXOX menyediakan pakej basic internet walaupun sudah habis data yang dilanggan, pengalaman bersama ONEXOX adalah sesuatu yang sangat menarik dan terbaik.

Penaja Kontest SEO

 

pengalaman bersama ONEXOX

10 Comments

  1. cik tom December 12, 2015
  2. myportal21 December 14, 2015
  3. Top Seo Friendly December 17, 2015
    • myportal21 December 19, 2015
  4. Anuar December 18, 2015
    • myportal21 December 19, 2015
  5. kamilsalleh2 December 27, 2015
    • myportal21 December 27, 2015
  6. blogger lelaki December 28, 2015
    • myportal21 December 28, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *