Download FREE PDF Penguasa Kastam WK41

Kalau anda merupakan seorang calon Penguasa Kastam WK41 dan mencari FREE PDF penguasa kastam WK41, memang anda datang ke tempat yang betul. Pada kali ini, kami akan memberikan beberapa tips penting kepada anda jika anda merupakan seorang calaon Penguasa Kastam WK41 untuk berjaya pada peperiksaan kali ini.

Sekarang ini, sudah banyak kemasukan ke dalam kerajaan dan kepada graduan baru, ianya adalah satu peluang kepada anda untuk masuk ke sektor kerajaan. Kepada pekerja swasta juga, bagi yang berminat dan terpilih untuk mengikuti peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini, inilah masanya untuk anda cuba sehabis baik untuk memasuki sektor kerajaan dengan menjadi Penguasa Kastam WK41.

Tips Untuk Lulus Exam SPA Penguasa Kastam WK41

Kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini, apa yang penting adalah untuk anda membiasakan diri dengan peperiksaan online. Jika tidak biasa dengan peperiksaan online, memang agak sukar untuk menjawab nanti. Lagipun, memang ada beberapa tips penting untuk menjawab peperiksaan online ini. Selain daripada itu juga, memang penting untuk anda mengetahui contoh soalan yang terlibat. Apabila anda terbiasa dengan contoh soalan sebegini, ianya akan sekaligus memudahkan anda untuk menjawab soalan semasa peperiksaan sedang berlangsung nanti.

Untuk itu, sebagai bonus, anda boleh download FREE PDF Penguasa Kastam WK41 di SINI. Ianya adalah contoh soalan berkaitan bagi membolehkan anda berjaya dalam peperiksaan nanti. Itulah yang paling penting.

Format peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Penting juga untuk anda mengetahui format peperiksaan penguasa kastam ini. Jika anda sudah tahu format peperiksaan, lebih mudah untuk anda cuba yang terbaik dan skor dengan cemerlang semasa peperiksaan berlangsung nanti. Untuk pengetahuan anda, format peperiksaan adalah seperti berikut;

Bahagian A : Pengetahuan Am
Bahagian B : Penyelesaian Masalah
Bahagian C : Ujian Psikometrik

Anda boleh dapatkan contoh Soalan di SINI yang juga akan memberikan sedikit gambaran kepada anda berkenaan bentuk soalan yang akan ditanya nanti. Itulah yang paling penting dan diharapkan, anda berjaya dalam peperiksaan dan lulus dengan cemerlang.

Persediaan Minda Ketika Menjawab – Tahu Tugas Penguasa Kastam

Anda perlu tahu tugas dan nature penguasa kastam ini untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Juga persediaan-persediaan penting yang anda perlu tahu. Diharapkan tengan adanya panduan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berjaya dalam peperiksaan Pengusa Kastam WK41.

  • Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  • Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  • Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  • Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Ada kemungkinan, apabila anda berjaya suksek dalam menjawat jawatan Penguasa Kastam ini, anda hendaklah bersedia ke tempat-tempat yang sememangnya mempunyai pagawai kastam yang ramai. Antara tempat yang mungkin anda dihantar adalah di

1. KLIA
2. Lapangan terbang domestik
3. Sabah dan Sarawak terutama di kawasan sempatan
4. CIQ di Johor yang menghubungkan Singapura dan Malaysia
5. Pelabuhan-pelabuhan yang menjadi tempat kapal berlabuh

Kalau anda tidak kisah dengan semua ini walaupun terpaksa untuk dihantar ke pelabuhan ataupun sempadan di Sabah dan Sarawak, anda memang boleh teruskan niat anda untuk menjawab soalan peperiksaan ini. Cuba sehabis baik sehingga lulus. Kalau misal kata anda tidak sanggup untuk berjauhan dengan keluarga, masih boleh mencuba dan anda masih boleh menolak jika ditawarkan jawatan ini nanti. Walau apapun, jangan berhenti mencuba dan cubalah sehabis baik untuk berjaya dalam pekerjaan yang anda lakukan. Inilah yang penting sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *