Tips Soalan Temuduga SPA Kerja Kerajaan

temuduga kerja kerajaan

Trafik daripada laman web kami iaitu myportal21.com sentiasa tinggi dengan keyword berkaitan dengan resume, temuduga, tips muet dan lain-lain.

Alhamdulillah ternyata ianya dapat membantu ramai orang yang inginkan tips dan panduan untuk berjaya dalam lapangan kerjaya mereka. Kali ini saya akan menceritakan tentang contoh soalan temuduga SPA yang telah saya sendiri lalui dan penambahbaikan daripada laman-laman lain.

Semuanya tidak lain hanyalah untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan yang menjadi rebutan.

Tips menghadiri temuduga SPA

Sebelum saya menceritakan tentang tips berkenaan dengan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA, apa yang perlu calon tahu adalah tips bagaimana untuk menghadiri temuduga SPA. Saya ringkaskan tips tersebut kepada 2 bahagian iaitu;

Aspek Fizikal

Aspek fizikal sangat penting dalam menghadiri temuduga SPA. Kekemasan dalam pemakaian dan juga yang penting adalah menggunakan pakaian yang formal. Pakaian formal dalam konteks yang saya sebutkan adalah pakaian yang menggunakan seluar slack, berbaju kemeja dan bertali leher bagi lelaki. Berbaju kurung bagi perempuan. Faktor kekemasan ini sangatlah dititikberatkan terutama dalam sektor kerajaan. Satu lagi faktor adalah ketepatan masa, pastikan anda tidak lambat untuk interview datang nasihat yang berguna adalah datang awal dan pastikan perut tidak kosong semasa interview tersebut.

Aspek Mental

Banyak faktor yang perlu diambil kira jika diikutkan dalam aspek mental. Persediaan mental juga penting bernanding dengan persediian fizikal. Calon perlu bersedia terutama dalam bidang jawatan yang bakal ditemuramah. Juga contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan temuduga kerja kerajaan tersebut. Persediaan ini akan mencerahkan peluang calon untuk berjaya dalam temuduga kerja kerajaan dan juga temuduga SPA.

Tidak tahu nak study apa untuk temuduga SPA atau lainnya, KLIK SINI Untuk dapatkan 50 Sebab Gagal Temuduga dalam PDF

Contoh soalan temuduga SPA Kepada calon yang bakal menhadapi temuduga SPA, berikut adalah antara beberapa contoh soalan yang sering ditanya ketika menghadapi temuduga kerja kerajaan. Kesemua soalan-soalan ini bolehlah dijadikan pedoman dan reference untuk menjawab soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti.

1. Soalan pertama yang akan ditanya adalah, sila perkenalkan diri anda. Beritahu perkara yang penting sahaja berkenaan diri anda, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja secara ringkas.

2. Soalan kedua “Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor kerajaan? Mengapa anda ingin berhenti daripada kerja yang anda jawat sekarang.

3. Soalan ketiga “Apakah yang anda tahu mengenai jawatan yang anda pohon ini?”

4. Soalan Keempat Sila kaitkan pengalaman yang anda belajar dahulu, atau pekerjaan anda sekarang dengan pekerjaan yang anda pohon?

5. Soalan kelima “”Jika kami menempatkan anda di pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda masih inginkan jawatan ini?”

6. Soalan ke enam ‘”Apa yang anda faham mengenai GST dan apakah kebaikan untuk negara?”

7. Soalan ke tujuh “Siapakah tokoh yang paling anda hormati dan kenapa?” Inilah antara contoh soalan yang sering ditanya ketika temuduga kerja kerajaan.

Harus diingat, calon juga perlu mengetahui akan aspek lain terutama visi dan misi SPA juga detail berkenaan dengan tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. Tidak mustahil kesemua ini akan ditanya ketika temuduga nanti. Apapun calon perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan kerana tidak mustahil soalan berkenaan dengan detail pekerjaan yang akan ditawarkan akan ditanya. Lakukan sehabis baik untuk lulus temuduga kerja kerajaan.

Klik SINI jika ingin tips menjawab soalan Temuduga Kerajaan SPA 

Temuduga sebagai langkah terakhir sebelum anda mendapat pekerjaan anda

Lakukan sehabis baik kerana temuduga adalah benteng terakhir sebelum anda mendapat pekerjaan yang diidamkan dan memasuki sektor kerajaan. Sektor kerajaan memang mempunyai banyak kelebihan yang menjadi idaman ramai graduan di luar sana. Anda hanya selangkah sahaja untuk berjaya menjawat jawatan kerja kerajaan tersebut.

Jangan kedekut dan laburlah duit anda untuk kegunaan masa depan. Laburlah dalam skill menjual diri, seminar motivasi untuk tingkatkan penguasaan komunikasi dalam bahasa inggeris dan lain-lain seminar untuk anda gunakan dalam temuduga kerja kerajaan nanti.

Jika tidak banyak masa, Panduan LULUS Temuduga Kerja Kerajaan ini juga meruoakan satu pelaburan yang baik yang bakal mencerahkan peluang anda untuk lulus temuduga kerja kerajaan berbanding calon lain. Teruskan berusaha dan semoga berjaya. Cukuplah sampai di sini sahaja dan saya doakan anda selamat maju jaya dalam temuduga dan dalam kerjaya yang mendatang.

 

 

Artikel berkaita : Tips Temuduga Kerja Kerajaan