listening test Muet

Kertas soalan Muet mempunyai 4 soalan, iaitu speaking, listening, reading dan writing.

Pada artikel kali ini, saya akan berkongsi berkenaan dengan tajuk listening. Listening seperti tajuk-tajuk lain tidak susah andai calon dapat menguasai format dan cara pemarkahan untuk contoh soalan Muet listening.

Format untuk soalan Muet listening.

Masa bagi menjawab soalan Muet listening ini adalah selama 30 minit. Bagi kertas ini, calon hanya perlu untuk MEMAHAMI perbualan dan pernyataan yang disampaikan melalui audio, kemudian jawab soalan berdasarkan apa yang telah disampaikan.

Nampak mudah, tetapi sebenarnya memerlukan ketelitian dan latih tubi yang berterusan dalam bahasa inggeris. Perbualan yang disampaikan kadangkala agak mengelirukan, tetapi, segala jawapan semuanya ada di situ. Bagi saya secara personal, yang pernah mengambil peperiksaan MUET, TOEFL dan TOEIC satu ketika dulu, latihan yang paling baik bagi soalan ini listening seperti ini adalah dengan menonton filem dalam bahasa inggeris tanpa melihat kepada ‘subtitle’ yang diberikan.

Jika anda dapat memahami perbualan yang disampaikan, walaupun tanpa melihat subtitle, saya yakin yang anda mampu menjawab soalan listening MUET ini dengan berkesan.

Jika tidak mampu, saya sarankan untuk anda menonton rancangan bahasa inggeris untuk kanak-kanak yang mudah seperti Sesame Street, Bob the builder dan banyak lagi untuk membantu dan mempercepat pemahaman bahasa Inggeris anda. Kemahiran listening, tidak datang sekejap, dan ia perlukan masa dan kemahiran untuk itu. Cara lebih mudah dengan dapatkan Contoh-contoh soalan tahun lepas Sebenarnya, ada cara lebih mudah lagi untuk lulus dengan cemerlang dalam MUET sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuat tips yang saya sarankan seperti di atas. Caranya adalah dengan terus mengulangkaji contoh-contoh soalan yang telahpun diberikan seperti tahun-tahun lepas dan cara pemarkahan untuk soalan listening ini. Saya ada sedikit buah tangan kepada anda, anda boleh dapatkan Contoh-contoh soalan sebenar tahun-tahun lepas! Nak dapatkannya, boleh klik link di bawah ini.

–>Contoh Soalan MUET Sebenar tahun Lepas<–

Gunakan sebaiknya contoh soalan tersebut dan buat latih tubi secara berkesan, insyaAllah akan dapat membantu anda untuk berjaya dalam peperiksaan MUET.

Latih tubi yang berterusan dan teruskan berdoa. Bagi saya, apa yang paling penting selepas usaha adalah doa. Doa untuk tuhan mempermudahkan urusan kita untuk berjaya dalam peperiksaan MUET.

Lakukan latih tubi yang berterusan, lebih mudah untuk anda lakukan jika ada panduan dan Tips Lulus MUET ini. Lakukan setiap hari dan insyaAllah akan nampak hasilnya nanti. Penting juga untuk dapatkan rakan-rakan yang supportive untuk MUET ini.

Dengan bantuan rakan-rakan yang supportive ini, pastinya akan memudahkan anda untuk skor dan dapat band yang bagus dalam peperiksaan MUET ini. Kumpulan study ini tidak terhad kepada soalan listening sahaja, soalan lain juga amatlah memerlukan group study yang supportive. Harap myportal21.com dapat membantu calon lulus Muet dengan cemerlang.

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan tips dan cara untuk skor dalam peperiksaan MUET. Harap tips ini membantu untuk skor dan lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET listening. Jangan lupa dapatkan Panduan dan tips Peperiksaan Muet ini untuk skor dengan band tinggi dalam exam MUET.

Jangan lupa untuk dapatkan contoh soalan MUET sebenar tersebut, insyaAllah ianya akan membantu anda untuk berjaya dalam peperiksaan MUET.

 

 

Artikel berkaitan : Contoh Soalan Muet