Tips untuk Tulis Resume Terbaik dengan Contoh untuk pekerjaan

contoh resume lengkap dan terbaik Resume merupakan elemen penting untuk memohon sesuatu jawatan samaada dalam sektor kerajaan mahupun sekotr swasta. Ianya merupakan ringkasan kepada pengalaman seseorang, latar belakang keluarga, pendidikan, pekerjaan dan maklumat penting lainnya. Amat penting untuk mempunyai resume yang bagus dan berkualiti yang hanya memfokuskan kepada aspek yang penting sahaja.

Antara kesilapan graduan pada masa ini adalah, mereka mengisi maklumat yang salah dalam resume tersebut. Selain itu, mereka memasukkan maklumat yang terlalu banyak dan tidak perlu dalam resume. Oleh yang demikian, post kali ini, saya akan memberikan contoh resume yang lengkap dan terbaik sebagai panduan kepada pencari pekerjaan di luar sana.

Tidak lupa, saya juga akan berkongsi tips tentang bagaimana untuk membuat resume yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan pekerjaan anda tanpa mengira sektor kerajaan dan swasta. Tips membuat resume yang baik dan berkualiti daripada myportal21 Antara tips untuk membuat resume yang baik dan berkualiti adalah;

  1. Resume yang ringkas dan padat, seeloknya hanya 2 muka surat sahaja, tidak lebih dari itu.
  2. Memasukkan maklumat yang penting sahaja, sebagai contoh latar belakang pendidikan di peringkat tertinggi sahaja, tidak perlu memasukkan maklumat pendidikan dari peringkat pra sekolah sehingga ke IPT. Ini sangat penting.
  3. Fokus pada pencapaian kita, bukan pendetailan berkenaan dengan tugas seharian kita.
  4. Sesuaikan resume berdasarkan jawatan yang dipohon. Jika jawatan yang dipohon adalah akauntan, ‘highlight’ kan pencapaian berkenaan dengan kemahiran kita menjimatkan wang syarikat daripada membayar cukai terlalu banyak. Itu antara contoh yang relevan.

Banyak lagi tips untuk menulis resume yang baik dan berkualiti boleh didapati di –> Sini

Kenapa perlunya resume yang ringkas dan padat dalam penulisan resume?

Berikut adalah tulisan daripada seorang pegawai sumber manusia yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam menyaring beratus resume dalam sehari. Jom kita baca apa komen beliau mengenai resume yang terlalu panjang!

Baca di SINI Dapat ke apa yang saya cuba sampaikan, gunakan maklumat sedanya, tulis resume ringkas dan padat, jika tidak tahu bagaimana untuk bermula, dapatkan tips dan panduan resume di link atas Sebagai bonus, saya akan berikan contoh resume lengkap walaupun contoh resume ini tidaklah yang terbaik, tetapi bolehlah dijadikan panduan kepada pencari kerja yang mencari tips dan panduan untuk membuat resume yang ringkas dan padat. [sociallocker id=”121″][link resume] [/sociallocker]

Apa yang paling penting sekali adalah resume yang kita buat ini untuk memudahkan kita “menjual diri” agar laku di pasaran pekerjaan. Mencari pekerjaan adalah umpama kita menjual skill dan teknik yang kita ada dan mendapat gaji sebagai balasan atas apa yang kita lakukan. Jika kurang mendapat panggilan temuduga kerja berbanding orang lain yang mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih kurang sama dengan kita, cuba lihat semula resume dan cuba perbaiki resume yang kita buat.

Perbaiki resume pastinya lebih mudah dan berkesan dengan adanya panduan membuat resume ini. Seimbangkan antara pencapaian dan Resume anda Panduan resume ini hanya dapat menolong untuk memberikan dan menyerlahkan kekuatan dan keboleh kita dalam menjual kebolehan kita kepada majikan. Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah menambah pengetahuan, skill, kursus-kursus yang penting berkaitan yang mampu menolong dalam menyediakan ruang dan peluang pekerjaan kepada kita.

Kebanyakan kursus-kursus di luar sana adalah di bawah Human Resource Development Fund (HRDF). Semakin banyak skill yang diperolehi, akan memudahkan kita untuk mendapat pekerjaan berbanding yang lainnya. Semoga berjaya.

 

 

Artikel berkaitan contoh resume kerja kerajaan SPA