Tips penulisan resume kerja kerajaan dan contoh

contoh resume lengkap dan terbaik

Tidak kira walau di mana pun anda ingin mendapatkan pekerjaan, apa yang penting adalah mempunyai resume yang baik dan berkualiti agar anda mendapat pekerjaan yang diinginkan. Semakin hari, peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin mencabar dan semestinya graduan baru dan graduan muda perlu untuk lebih kreatif dan berinovatif untuk bersainga di alam pekerjaan. Alam pekerjaan tidak menjanjikan bulan dan bintang serta matahari, tiada janji-janji manis, yang ada hanyalah untuk mereka yang cekal dan tabah berusaha. Ini juga sama walaupun dalam sektor kerajaan.

Peluang Pekerjaan dalam sektor kerajaan

Sektor kerajaan menjanjikan beberapa kelebihan berbanding sektor swasta. Kelebihan ini menyebabkan terlalu ramai yang ingin memohon untuk memasuki sektor kerajaan berbanding swasta.

Apakah kelebihan tersebut;

1) Gaji yang tetap

2) Mempunyai kemudahan pencen

3) Pekerjaan yang stabil dan kurang dipengaruhi faktor ekonomi

4) Kenaikan gaji yang tetap dan lumayan sehingga 10% setahun Dan pelbagai lagi.

Justeru, ramai yang ingin memasuki sektor pekerjaan.

Artikel kali ini akan memfokuskan kepentingan untuk mempunyai resume dan tips untuk menulis resume yang bagus agar diterima masuk dalam sektor kerajaan.

Resume dalam sektor kerajaan

Untuk pengetahun, sektor kerajaan juga memerlukan seseorang itu untuk mempunyai resume yang bagus untuk memohon pekerjaan mereka. Kadangkala resume yang diperlukan untuk memasuki sektor kerajaan ada di dalam sistem yang mereka kelola. Untuk memohon jawatan Pegawai J41 misalkata, maklumat dan pekerjaan serta biodata hendaklah diisi di laman SPA. Itulah kepentingan untuk anda mempunyai resume yang lengkap dan bagus. Isi resume yang bagus ini mampu membantu anda untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Resume sektor kerajaan berbeza?

Adakah berbeza dengan sektor swasta?

Bagi saya tidak banyak beza. Resume kerja kerajaan memerlukan anda untuk mengisi biodata, pengalaman kerja dan lain-lain lagi. Jika anda tidak mengisi dengan betul kesemua maklumat ini, akan ada kemungkinan untuk anda tidak dipanggil untuk ke proses seterusnya dalam sektor kerajaan. Pada saya jangan ambil mudah kepentingan resume dalam sektor kerajaan kerana ia memainkan peranan besar dalam membantu mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Saya amat sarankan untuk anda yang ingin memohon kerja dalam sektor kerajaan dan mencari tips untuk menulis resume kerja kerajaan untuk mendapatkan Panduan Menulis Resume ini. Ianya membantu saya dan banyak rakan-rakan saya yang lain untuk dipanggil ke proses temuduga.

Tips menulis resume kerja kerajaan

Antara beberapa tips yang dapat saya kongsikan pada kali ini adalah;

1) Tulis maklumat yang penting dan fokus pada kejayaan anda terutama di dalam bahagian pengalaman kerja. Saya lihat banyak yang fokus kepada perkara yang tidak perlu dalam bahagian pengalaman kerja ini.

2) Dapatkan gambar yang profesional kerana untuk memohon pekerjaan memerlukan seseorang itu mempunyai gambar yang profesional bukan gambar yang kasual. Ramai rakan-rakan saya tidak dipanggil temuduga kerana tersilap meletakkan gambar yang kasual semasa memohon pekerjaan.

3) Pengenalan yang ringkas dan padat. Ini sangat penting untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan. Cukuplah sampai di sini beberapa tips untuk menulis resume untuk kerja kerajaan SPA, ataupun apa sekali. Apa yang paling penting adalah teruskan berusaha dan jangan mudah mengalah dalam memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Jangan Ulangi Kesilapan Mereka!

Saya telah banyak kali melihat, dan kebanyakan graduan juga masih mengulangi kesilapan dalam membuat resume yang baik dan berkesan, jadi saya selaku yang sudah mempunyai sedikit pengalaman meminta graduan baru untuk tidak mengulangi kesilapan dalam penulisan resume.

Antara kesilapan adalah;

1) Resume yang melebihi 2 muka surat

2) Terlalu fokus pada perincian yang tidak perlu

3) Penggunaan huruf besar dan tatabahasa yang terlalu teruk

4) Penggunaan gambar yang tidak sesuai dan pelbagai lagi.

Lebih jimat masa jika anda dapatkan bantuan daripada pakar atau mereka yang berpengalaman dalam membuat resume. Mereka yang pakar ini akan membantu untuk mengurangkan anda daripada terus melakukan kesilapan dan bagi saya ianya sangat perlu. Jika anda tidak mengenal pakar atau mereka yang berpengalaman dalam penulisan resume, boleh rujuk Panduan Penulisan Resume ini, masa anda jimat, ada banyak templete resume yang disediakan dan boleh digunakan untuk memohon pekerjaan akan datang atau berikan kepada yang lain.

Ianya ‘evergreen’ dan sangat sesuai untuk memohon pekerjaan berdasarkan konteks semasa. Panduan ini bagi membantu anda untuk lebih cemerlang dalam memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan.

 

 

 

Artikel berkaitan : Contoh Resume Lengkap dan Terbaik