Cara Pembayaran di Lazada – 3 Cara Mudah

Ramai yang tidak mahu membeli belah secara online kerana mempunyai masalah untuk membuat pembayaran. Apabila anda sudah tahu bagaimana cara untuk membuat pembayaran, ianya akan menjadi mudah dan tidak merumitkan. Pada kali ini, kami akan memberikan tips dan teknik serta langkah demi langkah berkenaan dengan cara pembayaran di Lazada.

Sememangnya berbelanja secara online amatlah mudah terutama kalau anda tahu cara dan langkahnya. Selepas anda tahu bagaimana, memang banyak barangan yang anda boleh dapatkan secara online pada harga yang murah dan berbaloi. Pada kali ini, kami akan tunjukkan beberapa langkah mudah untuk anda membuat pembayaran dan sekaligus membeli belah di Lazada.

Cara Untuk Shopping di Lazada

Kalau nak membeli belah secara online ini tidaklah susukar yang disangka. Apa yang anda perlu lakukan adalah dapatkan barangan yang anda mahukan. Sebagai contoh barangan ini. Dah jumpa barangan apa yang anda mahukan, selepas itu adalah, anda perlu menekan butang “add to cart” tersebut.

Kalau masih ada lagi barangan yang anda nak beli, cari barangan tersebut dan tekan butang “add to cart” pada barangan yang anda mahukan. Apabila sudah tiada lagi yang anda mahukan, terus kepada butang “checkout”.

Anggap anda sudah mendapat barangan yang anda mahukan. Mudah kan? seterusnya adalah proses pembayaran dan ianya pun tidaklah terlalu susah. Untuk memudahkan anda, Lazada menggunakan sistem daripada Alipay untuk membuat pembayaran. Untuk itu, ada beberapa langkah mudah yang anda boleh gunakan.

#1 Pembayaran Menggunakan Online Banking

Yang pertama sekali adalah cara dan step pembayaran menggunakan kaedah online banking. Ianya adalah cara yang paling senang dan memang rata-rata rakyat Malaysia boleh membeli belah secara online ataupun menggunakan platform daripada Maybank2u ataupun CIMB Clicks atau banyak lagi pilihan lain yang ada secara online. Ya anda boleh gunakan platform ini untuk membeli belah di Lazada. Kalau masih belum ada lagi online banking, boleh buat satu dan daftar dengan Maybank2u.

#2 Kad Kreadit

Anda ada kad kreadit, boleh juga gunakan kad anda untuk membeli belah di Lazada dan ianya merupakan cara yang efektif untuk membuat pembayaran. Saya juga menggunakan kad kreadit untuk membeli barangan yang berharga lebih daripada RM1000. Kemudian dari situ, buat pembayaran kepada kad kreadit secara ansuran selama beberapa bulan. Ini kalau memang nakkan barangan yang kita mahu seperti komputer dan lain-lain lagi.

Cara ini adalah antara cara yang efektif untuk membuat pembayaran. Anda pun boleh melakukan perkara yang sama.

#3 Pambayaran di 7 Eleven

Ini adalah antara yang diperkenalkan oleh Lazada untuk memudahkan anda membuat pembayaran. Caranya adalah, anda pilih “cash at 7Eleven”. Selepas memasukkan nama penerima dan alamat, anda akan mendapat kod khas dan kod ini anda boleh print ataupun save di smartphone anda. Pergi ke 7Eleven berdekatan dan buat pembayaran.

Selepas bayaran di buat, anda akan mendapat notifikasi melalui SMS berkenaan dengan pengesahan barangan yang anda dapat. Mudah bukan? Ianya sangat sesuai buat mereka yang tidak mempunyai perbankan online ataupun kad kreadit.

Yang paling penting sekali adalah, anda lihat dulu barangan yang anda mahukan di SINI dan selepas itu barulah mula membuat pembelian.

Selamat Dan Cepat

Inilah antara langkah pantas membuat pembayaran di Lazada. Mudah dan ringkas dan sekarang ini pun, sudah banyak pihak yang menggunakan platform online untuk kaedah jual dan beli. Apapun, selamat membeli belah dan pastikan barangan yang terbaik yang anda boleh dapat di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *