Anda berminat untuk menjadi seorang ejen hartanah dan seterusnya boleh membuat pendapatan sampingan daripada situ. Berikut adalah beberapa tips dan cara nak jadi ejen hartanah berdaftar. Anda boleh memulakan kerjaya dalam bidang ejen hartanah secara part time pada peringkat awal dan jika anda serious ingin menjadi ejen hartanah, anda boleh jadi ejen hartanah secara full time.

Berikut adalah pengalaman saya sendiri mendapatkan info berkenaan dengan ejen hartanah dan bagaimana untuk menjadi seorang ejen hartanah yang berdaftar. Adalah sangat penting untuk anda menjadi seorang ejen yang berdaftar. Walaupun tidak dinafikan, ada ejen yang bergerak secara solo, jika anda berdaftar dengan mana-mana agensi, banyak manfaat yang anda bakal perolehi untuk kerjaya ejen hartanah.

Kenapa Memilih Nak Jadi Ejen Hartanah

Ada banyak sebab kenapa nak jadi ejen hartanah dan yang paling penting adalah minat untuk membuat jualan dan berjumpa dengan orang baru pada setiap masa. Jika anda tiada masalah untuk berjumpa dengan orang baru pada setiap masa, saya yakin anda boleh berjaya dalam bidang hartanah. Bagi saya, personaliti seorang ejen yang cemerlang adalah dalam istilah ‘extrovet’.

Satu ketika dulu, saya pernah berkenalan dengan seorang ejen hartanah di Johor Bahru ketika dalam proses untuk membeli sebuah rumah untuk tujuan pelaburan hartanah, ketika saya tanya apa yang menarik tentang kerjaya ejen hartanah ini? Jawabnya;

“Ejen tidak perlu cari orang, orang akan talifon untuk berjumpa dengan ejen hartanah”

Saya setuju dengan ejen tersebut, anda hanya perlu meletakkan iklan anda di media social seperti Facebook, laman web popular seperti mudah.my atau di surat khabar, tunggu sahaja panggilan talifon selepas ini.

Bagaimana nak jadi ejen hartanah berdaftar

Baiklah berbalik kepada topik asal, cara untuk jadi ejen hartanah berdaftar, caranya adalah dengan anda mendaftarkan diri dengan agensi yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejensi Harta Tanah Malaysia. Cari agensi yang berdekatan dengan rumah anda atau Tips dari SINI untuk memilih agensi yang terbaik untuk anda berdaftar dengan mereka.

Tunjukkan yang anda serious dan mereka akan meminta resume, dan pastinya akan ada sesi temuduga untuk terpilih sebagai ejen hartanah. Lakukan yang terbaik untuk itu dan tunjukkan yang anda memang serious untuk menjadi ejen hartanah.

Sesetengah agensi akan mengenakan bayaran yuran pendaftaran, mengikut budi bicara mereka. Boleh tanya agensi yang berdekatan dengan rumah anda dan tanyakan perihal ini. Pada saya, memilih agensi adalah perkara yang SANGAT… SANGAT penting kerana agensi yang bagus akan memberikan latihan kepada staf dan anda perlulah memilih agensi yang memberikan latihan kepada anda. Sekali lagi, tips untuk memilih agensi yang bagus boleh didapati di SINI.

Sepengetahuan saya, setelah bertanya dengan rakan-rakan ejen hartanah, kebanyakan agensi memerlukan ejen secara full time, jika anda ingin jadi ejen secara part time, terpulang kepada agensi dan kemasukan adalah minima.

Begitulah sedikit sebanyak cara dan tips untuk jadi ejen hartanah berdaftar. Lakukan yang terbaik dan berusaha bersungguh-sungguh, saya pasti anda boleh melakukannya.