Ramai usahawan/pelabur/kontraktor cuba untuk mendapatkan dan memenangi tender kerajaan. Tender ataupun perolehan kerajaan yang merupakan sesuatu yang sangat lumayan dan boleh memberikan pulangan kepada perniagaan yang kita lakukan untuk satu jangka masa yang lama.

Tender milik kerajaan ini diiklankan secara terbuka dan boleh di akses menggunakan internet. Justeru, saingan untuk memenangi kontrak dari kerajaan ini adalah sangat mencabar kerana persaingan yang sangat tinggi dari kontraktor atau syarikat lain yang berpengalaman.

Kontrak dari kerajaan ini adalah satu peluang yang amat besar kerana ianya dibuka di setiap negeri dan daerah. Dari tander untuk kantin sekolah sehingga tender untuk membekalkan 1000 unit komputer di pejabat kerajaan. Ataupun membekalkan beras kepada tentera di sempadan. Tander-tander seperti ini dibuka setiap hari, dan apa yang para kontraktor perlu lakukan adalah memanfaatkan sistem seperti sistem e-perolehan dan e-bidding.

Contoh perolehan yang boleh anda ambil dari laman web e-perolehan adalah seperti di bawah;

MEMBEKAL RANGSUM PUKAL (BERAS SUPER 5% TEMPATAN) UTK TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM) BG KAWASAN III SEMENANJUNG (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR) BG TEMPOH TIGA (3) THN- KP/PERO4A/T003/2015

Tips Memenangi Tender Kerajaan

Ramai yang tidak tahu atau tidak dapat memanfaatkan sistem ebidding dan eperolehan dengan betul. Cuba mendalami sistem ini dan manfaatkan dengan betul. Jika tidak tahu, boleh dapatkan bantuan dari orang yang pernah menggunakannya atau panduan mengenai sistem ini. Mempunyai business model ataupun business plan yang jelas dalam menjalankan perniagaan. Penting untuk pihak kerajaan menilai dan melihan peluang perniagaan untuk jangka masa panjang.

menang tender kerajaan

Untuk mendapatkan tender daripada pihak kerajaan, perkara yang sangat penting adalah untuk sesebuah syarikat itu bedaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Mempunyai penyata kewangan dan lain-lain untuk meyakinkan kerajaan. Bukan itu sahaja, perlu juga melakukan pandaftaran dengan pusat khidmat kontraktor, pendaftaran dengan lembaga pembangunan industri dan juga e-perolehan dan e-bidding.

Semuanya perlu dilakukan dan memang banyak perkara yang perlu diperhalusi untuk membuat pendaftaran ini. Perlu diingat, di Malaysia, pihak kerajaan ada menawarkan kuota bumiputra untuk tender-tender milik kerajaan. Ramai yang terlepas pandang akan hal ini dan menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk mendapatkan tender milik kerajaan. Juga ada beberapa syarat penting untuk kontraktor, pembekal, usahawan untuk mendapatkan tender melalui kuota bumiputra ini. Nampak macam agak rumit untuk mendapatkan tender atau perolehan milik kerajaan ini, tetapi jika tahu cara, dan teknik yang betul, akan dapat diatasi dengan mudah.

Panduan Mudah Memenangi Tender Kerajaan

Ada yang telah memudahkan kerja anda yang ingin terlibat secara serious dalam mendapatkan kontrak-kontrak daripada kerajaan. Pelaburan anda dalam Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini sangat berbaloi. Panduan ini akan menceritakan satu persatu, langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk memenangi perolehan kerajaan.

Juga menggunakan aplikasi e-perolehan dan e-bidding secara optimum untuk membantu anda berjaya dalam memenangi tender-tender dari kerajaan. Penyata akaun juga merupakan perkara yang penting, yang terbaik, panduan ini menceritakan bagaimana dan penyata akaun syarikat yang seperti mana yang kerajaan mahukan. Sebagai kontraktor ataupun usahawan, boleh mengamalkan tips yang diberikan dengan berkesan.

Buang persepsi “Hulur Bawah Meja”

Ramai usahawan/kontraktor yang berjaya mendapatkan kontrak daripada kerajaan dengan cara yang halal tanpa perlu melalui jalan “Hulur Bawah Meja”. Yang paling penting kita kena tahu yang rezeki memang Allah dah tetapkan dan percayalah jika ianya milik kita, tidak akan lari ke mana. Juga, panduan yang saya ceritakan tadi membolehkan anda mendapatkan tender dengan cara yang betul dan selok belok mendapatkan perolehan dari kerajaan dengan lebih berkesan. Buang jauh-jauh persepsi “hulur bawah meja” kerana ramai usahawan/kontraktor/syarikat berjaya memenangi tender dengan jalan yang halal. Sekiranya anda ingin berjaya juga seperti mereka dalam memenangi tender daripada pihak kerjaan ini, panduan ini sangat berguna kerana ditulis oleh orang yang berpengalaman dalam proses penilaian tender ini.

Dengan mengetahui cara dan penilaian dalam proses pemilihan, dokumen yang diperlukan dan faktor-faktor lain untuk memenangi kontrak ataupun tender milik kerajaan ini, pasti meningkatkan peluang anda untuk berjaya. Jika anda memang serious, saya cadangkan Panduan Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan ini.