Artikel kali ini saya akan berikan tips dan teknik kepada anda jika anda berminat untuk menjadi seorang ejen hartanah part time. Bermula dengan kerjaya secara sambilan dan diharapkan kemudian, anda boleh terus menjadi ejen hartanah secara full time.

Kenapa ejen hartanah

Peningkatan harga rumah yang secara purata akan menaik setiap tahun. Banyak sebab, antaranya adalah pertambahan penduduk di Malaysia dan didunia menyebabkan harga hartanah semakin meningkat dari hari ke hari. Juga, semakin banyak peluang pekerjaan di sesuatu kawasan yang ditawarkan menyebabkan harga rumah semakin meningkat. Sebab lain adalah kerana nilai inflasi matawang yang semakin mengecil menyebabkan harga rumah semakin meningkat setiap tahun.

Pelanggan menalifon anda, anda tidak perlu mencari mereka. Apa yang menarik berkenaan dengan hartanah adalah anda tidak perlu bersusah payah mencari pelanggan. Pelanggan yang akan mencari anda bertanyakan rumah yang mereka mahukan. Berbeza dengan ejen takaful atau unit trust atau ejen-ejen lain, anda yang perlu mencari pelanggan. Iklankan website anda di tempat yang betul seperti mudah.my atau lain-lain laman popular dan anda bakal mendapat pelanggan dari situ. Ianya memang menarik.

Jangan jadi ejen hartanah jika…

Ya, ejen hartanah bukan untuk semua orang dan agak sukar untuk anda menjadi ejen hartanah jika anda adalah seorang yang introvert. Tidak suka berjumpa dengan kenalan baru dan boleh meluangkan masa anda bila bakal pelanggan ingin melihat rumah. Walaupun pada waktu malam sekalipun, walaupun pada hujung minggu. Anda perlu bersedia dan pandai mengatur masa dengan bakal pelanggan bertanyakan tentang masa yang sesuai untuk melihat rumah.

Jika anda tiada masalah untuk berjumpa dengan kenalan baru dan bersedia bila-bila masa untuk melayan bakal pelanggan anda pada bila-bila masa, kerjaya sebagai ejen hartanah adalah sesuai untuk anda.

Langkah-langkah untuk jadi ejen hartanah part time.

Jika anda memenuhi kriteria di atas dan memahami akan manfaat hartanah untuk jangka masa panjang, berikut adalah beberapa cara dan langkah-langkah untuk anda jadi seorang ejen hartanah.

  1. Pergi ke mana-mana agensi hartanah yang berdaftar untuk berdaftar dengan mereka. Untuk memudahkan anda, berikut adalah agensi harta tanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejensi Harta Tanah Malaysia. SINI Untuk maklumat lanjut.
  2. Untuk menjadi ejen hartanah secara profesional, anda perlu untuk mendaftar dengan agensi yang berdaftar. Daripada link yang saya berikan tadi, anda boleh menghubungi agensi yang berdekatan dengan rumah anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan ejen hartanah.
  3. Ada agensi yang akan mengenakan yuran, adakalanya RM100, adakalanya RM500, semua bergantung kepada budi bicara. Pada saya, berdaftarlah dengan agensi yang boleh memberikan latihan kepada anda. Untuk memilih agensi yang baik dan tips lain untuk menjadi ejen hartanah, anda boleh lihat SINI.
  4. Start small, kemungkinan anda boleh bermula dengan market sewaan sebelum menjual rumah untuk mendapatkan pengalaman terlebih dahulu. Boleh bertanya kepada pihak agensi akan maklumat lanjut ini.
  5. Secara jujurnya, kebanyakan agensi mahukan ejen secara full time. Jika anda ingin bermula secara part time, tiada masalah cuma pengambilan agak terhad berbanding agen secara full time.
  6. Agensi akan membahagikan beberapa kawasan untuk anda. Jika ada pemilik rumah yang ingin menjual atau menyewakan hartanah mereka di kawasan anda, agensi akan berikan sepenuh kepercayaan kepada anda dan semua transaksi adalah di bawah kelolaan anda. Itulah yang terbaik jika anda bernaung di bawah agensi yang berdaftar.

Rasanya banyak tips lain yang saya tidak berkesempatan untuk tulis pada kali ini. Akan datang saya akan share tips untuk menjadi ejen hartanah yang berjaya.

Jika anda inginkan maklumat lanjut akan tips untuk memilih agensi hartanah yang berdaftar, cara untuk berdaftar dengan mereka, dokumen yang diperlukan untuk mendaftar, tips untuk lulus pendaftaran dan lain-lain lagi, boleh rujuk ebook Ejen Hartanah ini. Banyak tips yang dikongsikan oleh ejen hartanah berpengalaman.

Bagi saya yang paling penting untuk anda berjaya dalam menjadi seorang ejen hartanah, adalah dengan bermula betul dari awal. Bagaimana bermula dengan betul, iaitu pilih agensi hartanah yang betul yang menawarkan pelbagai latihan untuk anda dalam pasaran hartanah, perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan hartanah dan lain-lain lagi. Cara mudahnya adalah melalui pengalaman ejen hartanah sendiri. Sekali lagi, jika anda serious untuk menjadi seorang ejen hartanah, ebook Rahsia Ejen Hartanah ini adalah satu pelaburan terbaik buat masa ini.