Cara Daftar Uber Malaysia Dalam 24 Jam

Kali ini kami nak tunjukkan cara daftar uber Malaysia yang tidak sampai 24 jam. Kerana, semakin ramai yang ingin menjadi pemandu uber dari hari ke hari dan sehingga kini, ramai yang telahpun menjadi pemandu uber dan terus menjana pendapatan tambahan daripada uber. Lebih menarik lagi, ramai juga yang menjadikan servis di uber ini sebagai satu punca pendapatan utama.

Terkini, Uber telah meluaskan sayap servis mereka kepada hampir semua bandar-bandar utama di Malaysia. Antara banda-banda tersebut adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Penang, Kota Kinabalu dan paling terkini adalah Kuching dan Melaka. Kalau anda tinggal di kawasan ini, memang mudah untuk melakukan atau membuat servis uber untuk menambah pendapatan anda.

Apapun, kalau anda nak tahu apa itu uber dan bagaimana uber berfungsi, boleh ke sini untuk dapatkan info lebih lanjut. Harapnya, anda mendapat info dan manfaat yang tepat untuk servis yang anda berikan.

Cara Dafter Uber Malaysia – Senang dan Mudah

Cara daftar uber tidaklah terlalu rumit dan tidak perlukan orang ketiga untuk lakukan. Anda boleh lakukan sendiri secara terus ke laman uber. Cuba berikan maklumat yang jujur juga info berkenaan dengan kereta anda. Berikan semua maklumat ketika ditanya nanti. Boleh KLIK LINK INI Untuk daftar uber online Malaysia.

Berikut adalah antara beberapa syarat yang anda perlu tahu untuk memulakan servis daripada uber ini;

1. Kereta tidak lebih daripada 10 tahun
2. Mempunyai lesen penuh
3. Nama seperti dalam insurans cover note
4. Jenis kereta uber adalah yang mempunyai 4 pintu atau lebih.

Kalau anda sudah ada semua dokumen ini, memang tiada masalah untuk memandu uber. Boleh KLIK link di bawah ini untuk memulakan proses memandu uber dan cuba untuk menjadi pemandu uber. Proses tidak mengambil masa yang terlalu lama kalau semua dokumen sudah ada. Tidak sampai 24 jam. Tetapi, kalau ada dokumen yang tidak lengkap, memang akan ambil masa yang lebih lama sedikit untuk proses pendaftaran.

Kalau tiada kereta boleh ke jadi pemandu uber?

Kalau tiada kereta atas nama sendiri memang tidak boleh untuk menjadi pemandu uber. Kalau tiada kereta sendiri dan berhasrat untuk menjadi pemandu uber, tiada masalah kerana kerajaan ada memberikan bantuan rebat RM4000 Proton Iriz kalau anda ingin menjadi pemandu uber. Berita lanjut di SINI.

Jadi, memang tiada masalah, alang-alang nak beli kereta tu, belilah yang dapat rebate RM4000 ini, barulah berbaloi untuk anda gunakan.

Jenis Kereta Uber

Saya nak detailkan kerana saya rasa sebarai bakal pemandu, anda juga mestilah mempunyai soalan yang sama sebab nak tahu adakah kereta yang ada anda sekarang boleh memandu uber. Kalau kereta anda 4 pintu, memang tiada masalah untuk memandu uber.

Axia, Saga, dan lain-lain. Kalau kereta besar seperti Exora ataupun Toyota pun tiada masalah untuk gunakan sebagai salah satu cara untuk memandu uber. Alternatif yang sangat baik untuk menjadi seorang pemandu. Kereta 4 seater, 6 seater pun boleh bawak uber sekarang ini.

Tips Menjadi Pemandu Uber Yang Berjaya

Untuk menjadi pemandu uber yang berjaya, anda perlulah jadi seorang yang peramah kerana memang anda kena kejar rating yang diberikan. Buat betul-betul dan usaha sehabis baik untuk menjadi seorang pemandu uber yang sukses. Jangan malas-malas kerana kalau malas, apa kerja pun sukar untuk anda lakukan.

Apapun inilah antara beberapa tips daftar uber. Sama ada anda pengguna uber Johor Bahru atau mana pun, ini adalah antara beberapa tips penting untuk anda. Nasihat saya, cuba sahaja apply dahulu uber kerana pasaran uber semakin berkembang dan uber memang boleh menambah pendapatan sampingan kepada anda.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *