Ramai yang berhajat untuk melakukan aqiqah dan qurban sama ada dalam dan luar negara. Artikel ini menyatakan kebaikan dan kelebihan untuk melakukan aqiqah dan qurban di luar negara.

aqiqah dan qurban ramadhan kemboja

Kenapa melakukan aqiqah dan qurban luar negara?

Sebabnya adalah mudah, kerana aqiqah luar negara lebih murah berbanding jika anda melakukan aqiqah di Malaysia. Perbezaan harga ini pastinya menarik golongan yang ingin beraqiqah tetapi mempunyai kedudukan wang yang terhad.

Tetapi, aqiqah luar negara tidak semestinya kepada mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang terhad. Ada juga golongan yang berada melakukan aqiqah di luar negara. Tujuan mereka tidak lain, untuk membantu umat Islam yang lebih memerlukan di luar sana. Umat islam di luar sana (selain Malaysia) kebanyakannya berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan dan lain-lain.Ada juga yang ditindas seperti umat Islam di Rohinga, selatan Thailand dan lain-lain lagi. Jadi golongan berada seperti mereka ini datang untuk membantu umat Islam yang lebih memerlukan ini.

Niat mereka sangat mulia, dan jika tuan berkemampuan, saya sarankan untuk tuan/puan melakukan perkara yang sama, iaitu melakukan Aqiqah di luar negara.

Sebahagian orang Malaysia tidak makan kambing kerana mempunyai penyakit darah tinggi. Jika anda menjamu masakan aqiqah kepada jiran-jiran, anda wajib untuk menyediakan ayam sebagai juadah tambahan kerana terdapat mereka-mereka yang TIDAK BOLEH makan kambing kerana darah tinggi. Jika anda berkemampuan, tidak mengapa, tetapi jika tidak mampu, ianya akan jadi bebanan untuk anda.

Aqiqah dan qurban di luar negara tidak seperti itu, meraka akan sangat menghargai pemberian daripada anda dan biasanya mereka tidak memilih. Jarang sekali di antara mereka mempunyai masalah darah tinggi. Ianya pasti menyusahkan anda kerana terpaksa menyediakan juadah tambahan dan jika menjamu rakyat Malaysia.

Apapun terpulang kepada tuan puan untuk memilih yang mana.

Peluang melakukan aqiqah dan qurban dengan equrban.

Equrban menawarkan peluang untuk melakukan Aqiqah dan Qurban di luar negara. Lebih speasifik di Kemboja.

Rakyat di Kemboja hidup lebih susah berbanding rakyat di Malaysia, walaupun Malaysia dilanda kenaikan harga barang yang ketara saat ini. Apapun, atas semangat persaudaraan sesama muslim;

An-Nuíman bin Basyir berkata, Nabi SAW. Bersabda, ëAnda akan melihat kaum mukminin dalam kasih sayang dan cinta-mencintai, pergaulan mereka bagaikan satu badan, jika satu anggotanya sakit, maka menjalarlah kepada lain-lain anggota lainnya sehingga badannya terasa panas dan tidak dapat tidur.î H.R. Bukhori[2]

ìBarangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraanî (H.R. Bukhari-Muslim).[3]

Sudah tiba masanya kita sama-sama menghulurkan bantuan sambil melakukan ibadah kepada mereka. Apa yang equrban tawarkan adalah;
1) Aqiqah ramadhan
2) Aqiqah luar negara lelaki dan perempuan
3) Aqiqah dan qurban di Kemboja
dan lain-lain lagi.
Jom semarakkan masa untuk beramal. Bersama dengan eQurban bagi membantu umat Islam di Kemboja. Daftar di SINI untuk membuat tempahan dengan eQurban.